baby's coffer. click here pls.. & baby say's Thank You!

choose your language

Apr 17, 2013

Micro Preemie - Kententuan Allah S.W.T

Last Saturday dapat call from my cousin bgtau yg his SIL br bersalin. Camni coversation tu.
 
Kiki: Sayang, Shapiq call, die kata urgent
Shapiq: Assalammualaikum Kak, Alin dah bersalin
Me: Huh?! Dah bersalin??! Bile??!
Shapiq: Baru je, dalam satu jam tadi.
Me: Macam mane boleh bersalin?? Die kat mane skang?
 
Subhanallah. Macam mane boleh bersalin? Apa yang terjadi? Sure korang semua terpinga2 kan kenapa my reaction macam tu.
 
Reaction macam tu is because my cousin's wife was suppose to deliver 9 days before me. Her EDD was 11.07.13 and myself 20.07.13. So mana tak terkejut. Terus pagang perut kott.
 
So pas siap2 kitorg pun rush gi KPJ Selangor. On the way tu macam2 dalam kepala otak. Baby selamat tak. If ikut kiraan, baby is about 27 weeks  plus je. Mummy dia sihat tak? 


Baby at 27 weeks pregnancy
 
Bila jumpa je Alin, dia terus peluk and nangis. Sedih sangat. Mana tak sedih, perasaan ibu yang risau tentang her baby kuat. Family semua dah ramai kat wad, kitorg nk tgk baby, tapi belum boleh lagi.

Bila tgk baby, sebak sgt rasa.. Time tu leh tgk btapa kecik nyer baby. Sangat2 kecik and mulut bayi macam buat sucking motions. Maybe dia masih ingat dia dalam perut lagi and memang mase time ni baby akan buat sucking motion and minum air ketuban. Baby dilahirkan 1.03kg (time tu my baby weighs at 988g, so beza mmg sikit) and bila tgk baby leh imagine kandungan dalam perut sendiri. Owh... Macam nilah rupa my baby right now.
 
Alin kata dia actually dah rasa sakit sgt sgt dah lebih dua hari. Tapi dia ingat takde apa so tak hiraukan sgt. Dia baru nk pi urut pagi tu, tp bila bukak2 seluar dah bleeding teruk, terus lah gi hospital emergency.
 
Sampai2 kat hospital, doctor kata dah bukak 7cm. Bayangkanlah. Terus kena masuk labour room, and bila sampai kat labour room je dah bukak 9cm. Memang baby dah boleh kluar anytime and so bila Hafiz kata nak transfer ke PPUM or goverment hospital, doctor dah taknak release.
 
Bersalinlah kat sana. Then one thing after another, the ICU kat KPJ Selangor is not fully equipped for cases like this. So baby diletakkan kat ICU tapi in an isolation room to seperate her from the adults.
 
And satu lagi masalah, baby needs 4 injections daily to help her lungs develop and those are priced at RM2000 per injection. Tu lom masuk lagik ICU charges. And dianggarkan baby will be in ICU for approximately 2 months. So buatlah calculation sendiri ye.
 
Kesian sangat kat Hafiz and Alin, and baby gak. Walaupun redha, haish. Tauke balak pun taktau nk cekau mana duit banyak tu. Apatah lagi kami orang2 kebanyakkan ni kan.
 
So Hafiz and pihak KPJ think of all alternatives. KPJ tolong call kan hospital2. PPUM and HKL was the first to say no. The reason being, kata PPUM, Alin dah bersalin, so they won't take the case. Same goes to HKL. Pasrah..
 
Pikir2 lagi, semua orang pull lah semua cable2 (letrik, tepon dan lain-lain) untuk dapatkan spot. Putrajaya boleh accept, tapi not that day. Kene tunggu the next day baru boleh coz their NICU dah full.
 
Doctor dah cakap, by 10pm if tak di-transfer lagi, they will have to administer the jabs coz baby dah susah nk nafas and takut if lambat boleh jadi brain damage leading to brain dead. Subhanallah...
 
Finally, petang tu dapat confirmation call from Hospital Ampang. Diorang accept baby and boleh transfer baby immidiately.
 
Satu lagi masalah. Ambulance. Boleh tak, ambulance KPJ Selangor takde oxygen and kene tunggu ambulance dari luar. Betul-betul dugaan. One hour after that barulah ambulance sampai. And the road to Hospital Ampang jammed.
 
My parents and baby's grandparents in one car, cousins in another car. Semua pakat nk follow ambulance, tapi bila masuk je area ampang, terus ketinggalan maka semua lah sesat. Hahhaaaa..
 
Baby now in NICU and doctor kata Alhamdulillah stable.. Dah boleh breath. Skarang ni banyak sangat berdoa supaya Allah S.W.T tabahkan hati dan mudah-mudahan baby kuat to fight.
 
Mintak tolong sedekahkan doa untuk kesihatan baby Alin + Hafiz ya..
 
---------------------------
 
Lepas semua ni terjadi kan, barulah tau actually my rants yang sebelum2 ni contoh cam penat sgt ke, sakit pinggang and takleh tido ke, tu semua perkara kecik je.
 
Always be grateful for only Allah S.W.T determines what happens especially during pregnancy. Memang dah tertulis and nasib my kandungan and me belum tau lagi ape kesudahannya.
 
Banyakkan lagi berdoa semoga dipermudahkan urusan dan kandungan selamat sehingga dilahirkan.



Bismillahhirrahmannirahim
 
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
 
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
 
Amin...

 
---------------------------
 
Terms dlm post ni yang maybe korang tak pernah dgr:
 
NICU - Neonatal Intensive Care Unit
EDD - Expected Due Date
PPUM - Pusat Perubatan Universiti Malaya
SIL - Sister-in-law
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...