baby's coffer. click here pls.. & baby say's Thank You!

choose your language

Apr 30, 2013

Entering the final stretch! 3rd Trimester Baby!!



First and foremost, Alhamdulillah, we've made it this far baby.. Seriously sangat happy bila tau dah masuk 3rd trimester, which is considered the final stretch atau 'Home Run' of pregnancy.

Heheheee.... So meh kita tgk chronology of big moments along the way... cewah.

Dec 2010 - Started trying
Nov 2012 - Positive home pregnancy test! Read it here
Dec 2012 - Horrible morning sickness
Dec 2012 - Mild bleeding
15 Jan 2013 - Saw and heard baby's heartbeat for the first time
Mac 2013 - Felt baby's movements for the first time. Rasa mcm cacing gerak2 dalam badan. best!
Mac 2013 - Dapat tau gender baby. Jumpa baby in full bentuk and 3D. Sebak... Read it here
27 Apr 2013 - Nampak and rasa baby mengeraskan badan betul2 senget perut. Siap kiki dapat tgk and rasa the bump =)
28 Apr 2013 - Nampak muka baby yang sgt clear.. Nampak dia gerak2 kat screen.
29 Apr 2013 - Dapat tau mengidap kencing manis semasa pregnancy (Gestational Diabetis)
30 Apr 2013 - Start noting down baby's daily movements sampai the day baby's born!


=== TO BE CONTINUED!! ===




Apr 19, 2013

Sempena Hari Jumaat - Asmaul Husna (Hijjaz)

Semoga diberkati dan mendapat rahmat dariNya... Insyallah..
 

 
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:

1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.

2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.

3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.

4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.

6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.

8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya

9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.

10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.

12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).

14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.

15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.

16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.

21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.

22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.

23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.

24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.

25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.

26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.

27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.

28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.

29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.

30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.

32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.

33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.

34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.

35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.

36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.

37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.

38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.

39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.

40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.

41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.

42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.

45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.

46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.

48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.

49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.

50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.

51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.

53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.

54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.

56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.

57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.

58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.

61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.

62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.

64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.

65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).

66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.

67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.

68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.

69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya

70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.

71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.

72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.

73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.

74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.

75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.

78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.

79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.

82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.

84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.

85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.

86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.

87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.

88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.

89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.

90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya

92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.

93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.

95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.

96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya

97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.

98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya

*Taken from shafiqolbu | Sampaikanlah Walaupun Hanya Satu Ayat

Apr 18, 2013

Pergnancy Insomnia - Nak Tido!



tick tock, tick tock. Dah kul 11malam. Ngantuk gila dah ni. Guling ke kanan tak leh tido, pusing ke kiri pun takleh gak. Kat tekak rasa cam ade benda sangkut. Susah nk bernafas. Try tinggikan skit bantal. ZzzzZzzzzzzz.......
 
Arrgh! Knape panas sgt ni?? Baju dah basah kuyup. Sayangku on semua kipas, siap stand fan letak betul-betul depan katil menghala direct to me. "Try to sleep ye sayang, nanti esok u letih kat office."
 
Pusing2 still takleh tido. Macam mane ni. Suddenly nenen plak sakit! Rase cam kene tarik2. Aduss. Then... Argh!! Sakit gile betis! SIMPUL BIAWAK!
 
I need the aircon and the coldest one is at the living room. Yang dalam bilik nyer takleh pakai. On serupa tak on langsung.
 
So kiki bentangkanlah tilam kat depan tv. Tak sampai brape minit terus lelap. Mase before terlelap sempat gak intai jam. its almost 2-ish in the morning.  
 
Tetiba terjaga. Intai jam, kul 4 lebih. Perut rasa mengulas! Gi toilet, nothing. Went back to sleep. Ni pun makan setengah jam jugak lah. Then kul 6.30 terjaga lagi! Subuh!! Cepat!! Time ni liat gila nak bangun. Shaitan shaitan..... Arrrgh! Bangun gak. Sib baik sempat gak nk Subuh. Pastu minum air and siap2 nk gi keje.
 
Skang kat office, ber-blogging jap. Ngantuk bagai nk rak and otak takleh nk concentrate buat media planning.
 
Ni lah yang dipanggil Pregnancy Insomnia <-- click for info

 
Wasalam.

Bila Mak Buyong Membeli on Impulse! HORROR!!


Arrgh!! What has gotten into me! Had dinner at OneU and returned with a pair of new converse!!
 
 
Okay who can resist kan? Tak cantik ke? Dah lah limited edition JP Marimekko, pastu ade discount price plak tu! Cer teka how much?? heheheeeee... Actual price RM359. Discounted price RM172. Best buy tak? Cakap lah ye.... *buat mata puss in boots* 
 
 
Bila test test tu actually ingat pun yang kaki mak buyong ni tgh membengkak, so belilah size lagi besar. Then bila sampai rumah baru prasan yg length die pun besar!! HOMAIGOD!!!!! Kiki dah bising dah, awak tak test betul2 ke tadi? Ni nanti lepas peknen macam mane..?

Try punya try siap pakai socks, decision made, kene gak tukar size. Sedih! Baru nk melaram ngan kasut baru arini. Ehem... Boleh ke pakai gi ofc?? Pedulik haper kan! I'm playing the pregnancy card!!

Apr 17, 2013

Micro Preemie - Kententuan Allah S.W.T

Last Saturday dapat call from my cousin bgtau yg his SIL br bersalin. Camni coversation tu.
 
Kiki: Sayang, Shapiq call, die kata urgent
Shapiq: Assalammualaikum Kak, Alin dah bersalin
Me: Huh?! Dah bersalin??! Bile??!
Shapiq: Baru je, dalam satu jam tadi.
Me: Macam mane boleh bersalin?? Die kat mane skang?
 
Subhanallah. Macam mane boleh bersalin? Apa yang terjadi? Sure korang semua terpinga2 kan kenapa my reaction macam tu.
 
Reaction macam tu is because my cousin's wife was suppose to deliver 9 days before me. Her EDD was 11.07.13 and myself 20.07.13. So mana tak terkejut. Terus pagang perut kott.
 
So pas siap2 kitorg pun rush gi KPJ Selangor. On the way tu macam2 dalam kepala otak. Baby selamat tak. If ikut kiraan, baby is about 27 weeks  plus je. Mummy dia sihat tak? 


Baby at 27 weeks pregnancy
 
Bila jumpa je Alin, dia terus peluk and nangis. Sedih sangat. Mana tak sedih, perasaan ibu yang risau tentang her baby kuat. Family semua dah ramai kat wad, kitorg nk tgk baby, tapi belum boleh lagi.

Bila tgk baby, sebak sgt rasa.. Time tu leh tgk btapa kecik nyer baby. Sangat2 kecik and mulut bayi macam buat sucking motions. Maybe dia masih ingat dia dalam perut lagi and memang mase time ni baby akan buat sucking motion and minum air ketuban. Baby dilahirkan 1.03kg (time tu my baby weighs at 988g, so beza mmg sikit) and bila tgk baby leh imagine kandungan dalam perut sendiri. Owh... Macam nilah rupa my baby right now.
 
Alin kata dia actually dah rasa sakit sgt sgt dah lebih dua hari. Tapi dia ingat takde apa so tak hiraukan sgt. Dia baru nk pi urut pagi tu, tp bila bukak2 seluar dah bleeding teruk, terus lah gi hospital emergency.
 
Sampai2 kat hospital, doctor kata dah bukak 7cm. Bayangkanlah. Terus kena masuk labour room, and bila sampai kat labour room je dah bukak 9cm. Memang baby dah boleh kluar anytime and so bila Hafiz kata nak transfer ke PPUM or goverment hospital, doctor dah taknak release.
 
Bersalinlah kat sana. Then one thing after another, the ICU kat KPJ Selangor is not fully equipped for cases like this. So baby diletakkan kat ICU tapi in an isolation room to seperate her from the adults.
 
And satu lagi masalah, baby needs 4 injections daily to help her lungs develop and those are priced at RM2000 per injection. Tu lom masuk lagik ICU charges. And dianggarkan baby will be in ICU for approximately 2 months. So buatlah calculation sendiri ye.
 
Kesian sangat kat Hafiz and Alin, and baby gak. Walaupun redha, haish. Tauke balak pun taktau nk cekau mana duit banyak tu. Apatah lagi kami orang2 kebanyakkan ni kan.
 
So Hafiz and pihak KPJ think of all alternatives. KPJ tolong call kan hospital2. PPUM and HKL was the first to say no. The reason being, kata PPUM, Alin dah bersalin, so they won't take the case. Same goes to HKL. Pasrah..
 
Pikir2 lagi, semua orang pull lah semua cable2 (letrik, tepon dan lain-lain) untuk dapatkan spot. Putrajaya boleh accept, tapi not that day. Kene tunggu the next day baru boleh coz their NICU dah full.
 
Doctor dah cakap, by 10pm if tak di-transfer lagi, they will have to administer the jabs coz baby dah susah nk nafas and takut if lambat boleh jadi brain damage leading to brain dead. Subhanallah...
 
Finally, petang tu dapat confirmation call from Hospital Ampang. Diorang accept baby and boleh transfer baby immidiately.
 
Satu lagi masalah. Ambulance. Boleh tak, ambulance KPJ Selangor takde oxygen and kene tunggu ambulance dari luar. Betul-betul dugaan. One hour after that barulah ambulance sampai. And the road to Hospital Ampang jammed.
 
My parents and baby's grandparents in one car, cousins in another car. Semua pakat nk follow ambulance, tapi bila masuk je area ampang, terus ketinggalan maka semua lah sesat. Hahhaaaa..
 
Baby now in NICU and doctor kata Alhamdulillah stable.. Dah boleh breath. Skarang ni banyak sangat berdoa supaya Allah S.W.T tabahkan hati dan mudah-mudahan baby kuat to fight.
 
Mintak tolong sedekahkan doa untuk kesihatan baby Alin + Hafiz ya..
 
---------------------------
 
Lepas semua ni terjadi kan, barulah tau actually my rants yang sebelum2 ni contoh cam penat sgt ke, sakit pinggang and takleh tido ke, tu semua perkara kecik je.
 
Always be grateful for only Allah S.W.T determines what happens especially during pregnancy. Memang dah tertulis and nasib my kandungan and me belum tau lagi ape kesudahannya.
 
Banyakkan lagi berdoa semoga dipermudahkan urusan dan kandungan selamat sehingga dilahirkan.



Bismillahhirrahmannirahim
 
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
 
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
 
Amin...

 
---------------------------
 
Terms dlm post ni yang maybe korang tak pernah dgr:
 
NICU - Neonatal Intensive Care Unit
EDD - Expected Due Date
PPUM - Pusat Perubatan Universiti Malaya
SIL - Sister-in-law
 
 
 
 
 
 
 

Lenggang Perut - Antara Adat & Khurafat

Adat.. Image source: Google
 
Pernah dengar tak lenggang perut? Maybe zaman2 kita skarang ni dah tak biasa dah dengar pasal kenduri ni.
 
Dengan panduan Cik Google, kite pun carik lah ape tu upacara lenggang perut. Rupa2 nyer, its a custom (adat) yang asal usul nye dari org Jawa. Pelik gak upacara ni. Kalau ikut adat yang lama atau asal, ada rasa macam semacam je pasal benda2 yang diperlukan untuk adat tu includes:
 
• Satu gantang beras.
• 7 kain berlainan warna
• Sebiji buah kelapa.
• Beberapa urat benang.
• Satu batang damar.
• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
• Beberapa batang lilin.
• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.
 
Upacara ni diadakan after the baby masuk 7 bulan dalam kandungan. So roughly, its about 28 weeks onwards lah kan. Process dalam upacara ni is...
 
  1. Mak bidan siram mummy and daddy ngan air bunga
  2. Mak bidan letak kain 7 warna tu satu persatu and then suruh ibu baring atas kain2 tu
  3. Minyak disapukan kat mummy and kain2 tu diguling2kan keatas dan kebawah mummy pelan2
  4. Kelapa yg dah dikupas akan diguling2 secara perlahan di atas perut ibu keatas and kebawah sebanyak 7 kali and at the 7th time, kelapa tu akan dibiarkan jatuh bergolek dari perut mummy.
  5. Bidan akan tgk kedudukan muka kelapa tu. If kelapa menghala keatas, mummy akan dapat anak lelaki and vice versa.
  6. Kain lapisan atas sekali akan dipegang kat hujung and lifted a little and then akan dilenggang2kan badan mummy. Hence the name, Upacara Lenggang Perut. Bila kesemua 7 kain tu dah dibuat sedemikian, baru stop and barang2 lain like damar etc diberi pada Bidan.
  7.  
Fuh! Pelik kan. Maybe pasal zaman dulu2 takde technology ultrasound lagik, so diorang senang percaya bende2 macam ni. Ada ke nk tgk jantina tgk muka kelapa. What the.....
 
Pikir2 balik kan, lebih baik and lebih afdal if buat kenduri doa selamat je kan. Wallahualam..
 
And for me, if nak something to cherish and remember, buat Baby Shower pun boleh gak. Tapi this is just my two cents lah.
 
If nak buat gak boleh, banyak gak baca kat blog2 mummy2be yang diorang buat gak, tapi yg bab2 nak kene mandi bunga and guling2 kelapa tu tak dibuat nyer.
 
Mengikut fatwa (tapi ni fatwa dari Majlis Ugama Islam Singapore, Malaysia tak sure pulak) upacara ni adalah khurafat dan melanggar ajaran Islam.  
 
 
 

26 weeks - Position Bayi

Had my check-up last sunday and was glad to know baby's doing alright with his head positioned downwards. But the doctor did meantion at 26 weeks, he could still do somersaults and the actual confirmed position will be at 30 weeks. Only then, could they really say if baby's breached or transverse or at the correct birthing position.
 
So.. Whats Breech? Whats Transverse? What IS the correct birthing position??
 
Breech - Is when the baby is vertical but head's up.
Transverse - When the baby's positioned sideways / horizontally
Normal - Head's down
 
The malay term for breech position is 'songsang'. And for babies in this position at 9 months, doctors will advice to have c-sect delivery instead of the normal vaginal.

I am happy to know that my little one has already positioned his head in the correct manner, but i wont be jumping for as yet, since its not a confirmed position. I am praying hard that he stays in this position :)

Through research on Google, there are many ways to overcome this breech problem; both traditionally and modern. Thinking of going in-depth on this topic in the next post. heheheeee....

For now, toodles~!

 
 
 
 
 
 

Apr 9, 2013

Holly Schmolly! I have Kim K's bump!

Click on image to enlarge

Look! My blog's listed when you search for Kim K's bump! hahahahaaaa! How cool/ cruel can that be. Sorry Kimmy!
 
Anyohows, for that unfortunate reader who was directed to the wrong bump, here's some piccas for you of the real Kim K famous bump~ Go drooollll...
 
All images are sourced from Google images :)
 
loving her pregnancy style sigh...

Illusion!


Too good to be true
 
Why can't i look as good as that pregnant??! Hmm.. bt i never was even close to looking as good or as fashionable even before pregnancy to begin with. Hahhaaaa. Those killer heels are to die for! Wonder how long she can stand walking in those...

pssst... I hear its bad for your back to be walking in those during pregnancy. But since you're Kim K, i guess its okay. Celebs are immune to mishaps rite? Or bad things just don't happen to them!

Apr 8, 2013

25 weeks Baby Bump!

Swimming time!

25 weeks on Saturday and bump is looking huge and rounder!

Sleepless nights starts NOW! Pregnancy rants.

Assalammualaikum and happy monday peeps.. Bleeugh..... ZZzzzzzzz..............

Found out first hand that sleepless nights don't start from the day baby comes into the world. It literally starts now!

Trouble sleeping for a couple of weeks already. First it was due to the constant need to pee in the middle of the night, then for no apparent reason, i find myself wide awake staring at the ceiling at ridiculous hours. Back-aches are also helping add to the hours.
 
I've read somewhere that even the slightest tinge of worry may keep u up all night. For now let's blame it all on hormones. Hmm.. Worry much? I don't think so.
 
I guess our body is preparing us for the owl nights when baby's due. Hahhaaaa.. Just a thought. Anyways, below are some ways that could help. *source Google

Here are a few ways to help you get some much-needed shut-eye:

  1. Avoid caffeine (tea, coffee and cola drinks) near bedtime.
  2. Try keeping your fluid intake to the daytime, to avoid those endless toilet breaks.
  3. Avoid large meals before bedtime, you’ll find it hard to settle with your digestive system in full swing. However, a warm milky drink and some oatmeal biscuits can keep your blood sugar level up.
  4. Wind down before you try to sleep – try a warm bath, reading, listening to some soothing music.
  5. Exercise can help you sleep better, but if you do too much just before bed you might feel more ready to get up and go than relax for the night. Keep your workouts for late afternoon or at least four hours before you go to bed.
  6. Bump taken over the bed? Try putting pillows between your legs and under your bump, or using a specially designed pregnancy pillow to support your tummy.
  7. If you really can’t sleep at night, take a nap during the day. Forty winks might mean you go to bed later, but at least you’ll be getting the rest you need.
  8. Don’t read or watch television in bed – keep the bedroom for sleeping in.
  9. If you’re losing sleep because you have worries or problems, tossing and turning won’t help. You’re better off active, so read a book or have a bath and tackle your restlessness head on.
Hope this helps you get that much needed sleep. I'm literally close to kissing the keyboard as i type. Wish me luck!

Apr 4, 2013

Set Tilam Kekabu Baby - CUTE!

Skang banyak yang dalam list untuk dah settle. Heheee.. Tak banyak pun yang beli, banyak orang bagi. Now tgh recce set tilam kekabu untuk baby plak.
 
online shops banyak gak yg jual this set tilam kekabu. I think its a must lah especially ni first baby kan. Kalau mmg rumah dah ramai budak takpe coz sure tilam2 dah ade.
 
Watpe nk beli tilam kecik ni, kan dah ade baby cot. Yelah dik non... Takkan nk biar anak dalam cot 24/7 plak kan. Nanti org kate dah macam binatang dalam zoo pulak kan, dok perap dalam sangkar je. Heheheheeee..
 
Okay, recce punya recce, jumpalah kedai2 online ni. Meh sheena list down.
  

 *if ada jumpa lagi i will add on ya...
  
Bile tengok the albums, ade yang buat special orders and ade gak yg ready-stocks. Semua ni differ in the choices of material, workmanship and price.
 
Belek punya belek, jatuh cinta plak ngan designs from Jarum dan benang by elle's plushies
Full set + comforter
 

1st design yg stole my heart... Cantik kan?

 

Then nampak lak yang ni... Comei lah dino niiiii
 
Mane tak jatuh chenta
Okay, kompem with my choice of design... So pilih design dino + stripes tapi, set dia like the one below:
 

Total price is RM 230 + RM 60 (additional quilt mattress).
1 tilam kekabu
2 bolsters
1 head pillow
 
 
Yang design ni mahal sikit (dalam extra RM50) pasal the design i chose is from the English Designer Cotton collection. If its not the designer collection, the whole set would cost RM180.
 
Smalam dah confirm the order, so kene tunggu dalam 3 minggu baru siap. Queue panjang.. Tak sabar!
 


 
 

Apr 1, 2013

Counting Trimesters / Months / Weeks in Pregnancy - Headache

I reached 24 weeks last Saturday, so am i already 6 months or at 2nd trimester or have already reached the 3rd trimester? Is 9 months the full term (as we all know it) or is it 10 months (huh?). Do we count weeks or do we count months?
 
Headache, headache! According to the doctor, our pregnancy is counted by weeks, and a full term pregnancy is approximately 40 weeks. Do the maths, 40 divides by 4 = 10 (months). Hmmm....
 
Okay, something weird here is that our pregnancy is caalculated from the first day of our last menstruation. So we are calculated before we are even conceived. Hahahahaaaa.
 
So when i reach 24 weeks last saturday, i am actually approx. 22 weeks pregnant (which makes me at 5 1/2 mnths instead of the 6?? Or am i already at six??). So then at which week does each trimester start? Truth be told, i wished i was already at 3rd trimester on Saturday, but nope. That's not how the calculation goes.
 
See the chart below. It explains it all. 
 
 So where u at now?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...